Monday, 23 January 2012

KUPUJUK IMAN SUPAYA BERSABAR KERANA DIA SAJALAH KEKASIH YANG SETIA SELAMANYA DAN TIDAK AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL SELAGI AKU IKHLAS MENCINTAINYA



~ Kau Aku Kenang Selalu ~

Walau sekian lama engkau melafaskan kata putusmu itu
dan melangkah pergi meninggalkan aku disini
sendirian aku menyepi
setiap langkah engkau tidak menoleh padaku
setiap janji aku semat dalam jiwaku
setiap hari aku merinduimu
tidak engkau mengetahui
atau hanya menyepi

Engkaulah yang aku rindu selalu
siang dan malamku hanya namamu dibibirku
kaulah yang aku sayang
yang masih lagi segar dalam ingatanku ini
pahit dan manis menjadi sebuah sejarah
percintaan kita bersama diwaktu itu
tidak pernah aku lupakan
sebagai mana kau lakukan padaku ini
tidak menyapa tidak bersuara tidak berkhabar
lupakah kau aku disini

Berlinangan air mataku ini
bagaikan ratna berderai berkilauan
dipancar sinaran cahaya
berdarah hati dipanah duka
berdarah tidak terhenti kini

akanku kenang wahai dewiku
setiap detik menjadi sejarah cintaku
yang aku kristal menjadi beku
agar dapatku lihat hingga akhir nafasku ini

~ Keris Abadi ~ 23/Jan/2012 - 07:30pm ~
http://www.youtube.com/watch?v=2qwMiP2DB_Y&feature=related
See More

· · · · 19 hours ago near Singapore, Singapore

  • You, Rajendra Nath Tagore II and 3 others like this.

    • Rabeah Mohd Ali Kalau kau mengucapkan selamat tinggal tanpa relaku...
      Kupujuk iman supaya bersabar kerana Dia sajalah Kekasih Yang Setia SelamaNya dan tak akan mengucapkan selamat tinggal selagi aku ikhlas mencintaiNya.

      a few seconds ago ·


  • (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI ILAHI)
    24 Januari 2012


0 comments:

Post a Comment

 
;