Friday, 27 January 2012

KENAPA MEREKA MEMPERTIKAIKANNYA YA ALLAH


KENAPA MEREKA MEMPERTIKAIKANNYA YA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau saja yang memahami isi hatiku
Kau saja Yang Tahu Apa Yang Tersirat Di Kalbuku
Ya Allah jika kiranya aku menulis ingin mendapat sanjungan dari manusia lebih baik Kau ambil semula anugerahMu ini,
aku menulis bukan kerna mahukan anugerah dan sanjungan dari manusia Ya Allah...tapi mereka tetap mengatakan aku mahukan sanjungan dan pandangan manusia Ya Allah...
Jikalah aku menulis kerana manusia Ya Allah tentunya aku sudah mendapat habuan hasil daripada penulisanku Ya Allah
tak perlu aku taburkan hasil karyaku di merata tempat
Ya Allah...
Sudah kujelaskan ribuan kali dan banyak kali tapi mereka saja membutakan mata hati mereka Ya Allah...adakah mereka sakit hati pabila aku berkarya Ya Allah
sedangkan mereka juga seorang penulis Ya Allah
jika apa yang mereka tulis tak pernahpun aku berperasangka buruk Ya Allah tak pernah aku mengatakan mereka itu ujub
Ya Allah...aku sedih Ya Allah ...kenapa ada manusia sebegitu tega menuduhku Ya Allah...aku tak pernah berdengki hati dengan mereka Ya Allah...
Ya... Allah aku tidak mempunyai apa-apa harta Ya Allah kecuali ilmu yang setitis ini Ya Allah...itu pun menjadi memusykilan mereka Ya Allah...
Aku percaya setiap Yang Baik itu Adalah DariMu Ya Allah
Tapi kenapa mereka mempertikaikannya Ya Allah....
Kalau benarlah apa yang kubuat ini tidak ada nilaian di SisiMu...maka Kau hentikan nafasku kerana lebih baik aku mati daripada hidup mengagungkan riya ilmu yang cuma setitis ini...

Rha NS
27112
· · 7 hours ago

    • Tj Young Tj Young Berjuang kerana ALLAH ,jangan peduli apa kata mereka terus dan terus berjuang ingat anjing tidak ada gigi pun akan berjuang sekalipun tiada senjata
      3 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali
      Terima kasih kerana sudi menyokong perjuangan penaku yang hampir tumbang kerana berjuang tanpa karya sehebat mereka yang bijak pandai....yang sudah ada nama dan popular....aku macam nilah tinggal di rimba terpencil mengukir tulisan ku di ...dinding gua ditemani kelawar menulis bertintakan darah dan air mata...tapi ada hati hendak bergandingan dengan karya-karya mereka yang hebat...kusangkakan dapat berkongsi karya mereka dengan karyaku...tapi katanya karyaku elok saja dibakul sampahkan ...sedih hatiku teman ...setega itu mereka...dan kini biarah aku sendiri berkarya di dengari haiwan di rimba ini mana tahu haiwan boleh memahami bahasa yang ingin kusampaikan...dan mereka boleh bercakap walaupun semua sudah tak ada gigi..apabila mereka tergelak aku pun akan tergelak sama hingga memecah suasana sedih yang melanda hatiku ini !

      3 hours ago · · 1
      • Tj Young Tj Young Begitulah nasip berjuang atas redha ALLAH penuh onak dan duri,makanya perlu iman dan sabar yang tinggi untuk mengapai sesuatu impian yang dihajati,harap Teman Redha menghadapi segala dugaan ini.
        3 hours ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku...Moga Allah membalas kebaikanmu padaku dengan memberi Sinar Nur Hidayah KasihNya Tanpa Had padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        2 hours ago · · 1
      • Tj Young Tj Young Sama-sama Amin!!!!
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jangan pernah rasa jemu memberi sokongan padaku duhai sahabatku YB Tj Young Tj Young !
        2 hours ago · · 1
      • Tj Young Tj Young Insy-Allah YB sahabatku...
        about an hour ago · · 1

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH  MOHD ALI)
    27 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;