Saturday, 28 January 2012

SENYUMAN UKHUWAH PALING BERERTI



Titisan airmata ini...
tidak betah,
tak mampu ku tahan,
hadir jua ia,
di perbatasan,
kenangan....

Mengapa...?
aku tidak pernah,
mengundang,
ia mendatang...
Segugus hatiku ini,
di keronyok redam,
memalingkan aku,
dari kebahagiaan semalam..

Mengapa...?
perlukah aku bertanya,
untuk apa dan mengapa,
kau hadir,
di sisiku jua...
meski,
pipiku dibelai,
dek basah ,
dan sejuknya ia,
namun,
sebak nan pilu,
menggoncang dada...

Lantas...
airmata ini,
ku tadah sendiri,
sepenuh tanganku ini,
ku bilas pedih,
di hatiku ini....
Tak mahulah aku,
meratap hiba,
menangis syahdu,
untuk apa...
kekuatan yang ku kumpul,
berkurun lamanya,
bakal dihancur,
sekelip mata....

Oh airmata,
usah kau gugat,
kedamaian di jiwa,
kerna ku tak bisa,
menahanmu tiba,
meski hadirmu ,
seketika cuma,
namun debarnya,
menusuk rasa...
Buatku,
kau juga teman,
yang setia,
bukan sekadar,
dikala duka,
malahan,
dikala gembira jua...

Justeru...
ku alirkan airmata ini,
buat membasuh,
jiwa yang sepi,
buat menyejuk,
bara dihati....
lantaran itu,
airmataku...
tak perlu,
ku berpaling,
darimu lagi,
kerna bagiku,
kaulah peneman sepi,
yang sering merangkulku,
bersama sunyi....

DIARI AMIRDZA~ AIRMATA
5.05 PM~ SABTU
28 JANUARI 2012
— with Fied Autumn and 23 others.

· · · 5 hours ago ·


  • 19 people like this.
  • 50 of 51

    • Diari Amirdza biarkan berlalu bersama kenangan yang termampan dan tersimpan,usah dibuang begitu saja kerna ianya memberi harapan buat meneruskan kehidupan....
      3 hours ago · · 1

    • Ya Umairah Airmata luka airmata kerinduan airmata keresahan...oh!!! Airmata hanya kau yg mengerti
      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza sungguh...airmata itu satu keperluan untuk melampiaskan seribu perasaan yang tersimpan....
      3 hours ago · · 1

    • Diari Amirdza setiap titis airmata yg tertumpah adalah amat berharga,tak kiralah siapa pun pemiliknya,yg pasti ia tumpah bersama sejuta makna....
      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza curahannya mendamaikan jiwa meski mengundang sebak didada,namun seketika cuma kerna kemudiannya diiringi rasa lega yang amat didamba....
      3 hours ago · · 2

    • A'kay Ruddin Duhai air mata...alirkan segala keresahan dan kepiluan di titisan murni mu...
      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza aduhai airmata...pembasuh duka nestapa,mengalirlah bersama cahaya bahagia,sirnakan derita....
      3 hours ago · · 3

    • Rabeah Mohd Ali Airmatamu airmataku pengubat duka lara...
      3 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Teman di kala kita berair mata dialah yang merawat duka
      Teman di kala kita suka dialah penceria hati...
      Teman suka duka teman sejati...
      Teman yang selalu mengerti soal hati...suka dan duka...

      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza airmata oh airmata....tanpamu,ku merana jiwa....
      3 hours ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Tanpamu hidupku sepi...airmatamu pengubat rinduku...hihihi
      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza rindu saper lak tu kak Rabeah Mohd Ali??...ehehehe..
      3 hours ago · · 2

    • A'kay Ruddin Kadang kala hati ini bertanya..untuk apakah air mata ini di anugerahkan kepada kita...dan tujuan ia di ciptakan...titiskan lah tangisan mu di kidung doamu...kembalikan lah tangisan itu pada yang maha pencipta...
      3 hours ago · · 3

    • Rabeah Mohd Ali Rinduku padamulah mirdza...yelah aku tahu hidupmu dipenuhi dengan bunga-bunga rindu yang mekar2 belaka...tapi ye kok ye pun janganlah sepikan rinduku yang dah mula layu padamu...hihihi
      3 hours ago · · 3

    • Rabeah Mohd Ali Kerna kau lupakan rinduku...aku nyaris kehilanganmu ...hihihi powernya rindu kau tu mirdza patutlah bayangan mirdza tak boleh jauh darimu...ke mana kau pergi adanya dia....hihihi
      3 hours ago · · 2

    • Diari Amirdza tak pernah ku lupakan kerinduanmu itu ya Rabeah...kerna ia sering mengetuk pintu hatiku meski kita tak ketemu,rindu itu pengikat ukhwah...
      2 hours ago · · 1

    • Zakaria Zack terima kasih ,,,,,,,,,,
      about an hour ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Yang aku mahu rindu pengikat ukhwah...tapi tak mahu rinduku dibiarkan sepi menanti sapaan rindumu yang tak kunjung tiba mirdza...hihihi powernya rindumu mirdza padaku dan mungkin pada kawan2 mu yang lain barangkali....hihihi
      about an hour ago · · 2

    • Diari Amirdza meski sapaanku kau tak terima,diangin lalu kau kan terasa.....
      about an hour ago · · 2

    • Princess Q Lia Nim terima kasih ...satu jambatan kasih..yg mengukuh silaturrohim antara kita...moga km gembira dgn kehadiranku...
      about an hour ago · · 2

    • Diari Amirdza insyaAllah teman..selagi berlandaskan atas nama ukhwah islamiyah,kita semua bersaudara...
      about an hour ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Terus terang kukatakan dengan mu mirdza aku suka ukhwah yang sering berkomunikasi bukan bisu kaku...kerna aku perlukan mereka yang berbagi ilmu ada terasa manisnya bukan sepi disepikan ...harap kau faham jika aku sepi...kerana aku pun sepertimu juga ...sibuk dengan pengkaryaan ...kau faham dunia aku faham duniaku...asalkan jangan kecil hati bila sama-sama sepi kerana sama-sama faham...duhai yang menjaga ukhwah dalam sepiku yang disepikan...yang penting faham...faham...ok
      about an hour ago · · 1

    • Diari Amirdza insyaAllah...usah kau gusarkan...^_^
      about an hour ago · · 2

    • Aisyah Teh x pndailah nk coment bermdah2....kak Diari Armirdza ajarkan boleh?hihihi
      58 minutes ago · · 2

    • Diari Amirdza errrkkk....dik,sume ni lahir dari hati,x blh akk nk describe kt cni dik...hehehehe...
      57 minutes ago · · 1

    • Aisyah Teh hati kna ajar hati lah n....ummmm camaner eak....huhuhu
      56 minutes ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Syukur Alhamdulilah kita saling faham memahami ...asalkan senang hati tak terasa hati..barulah ukhwah jadi sejati..terus terang je...hihihi kalau jumpa nanti kita salam-salam ye..hihihi
      55 minutes ago · · 1

    • Diari Amirdza Aisyah Teh....carilah seorg guru yg blh ajarkan...^_^
      53 minutes ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Untuk pengetahuanmu mirdza sebab tu teman fbku tak ramai boleh dibilang dengan jari...kerana siapa yang diam tanpa ada respon faham-faham ajelah...bukan aku putuskan tali silaraturahim tapi cuma tak larat nak menunggu...terus menunggu dalam sepi disepikan...bagiku setiap sahabatku amat berharga lebih dari permata...itulah aku...hendaknya rakan fbku semua faham akan aku dan maafkan aku jika aku undur diri darinya bukan ku sengaja tapi dia yang sengaja yang tak mahu berkomunikasi denganku...
      47 minutes ago · · 2

    • Diari Amirdza namun kesibukan masing2 menghadkan waktu,ku jua begitu,masaku sentiasa terisi selalu dan andai aku tak menyapamu,tak beerti aku tak ingat padamu....
      44 minutes ago · · 1

    • Maya Kasiran terima kasih ,,,,,,,,,,diari amirdza,,,,,,,air mata mu yg penuh kemesraan jiwa yg tenang melambangkan keindahan
      44 minutes ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Yang penting kita saling faham memahami dan saling bermaafan jika ada yang tak berkenan di hati masing-masing...bila mana aku telah terus terang aku rasa tak bersalah dengan semua teman fbku....sebab itu pabila aku terima teman fb...aku terus terang dari awal asalkan mereka tak terasa hati denganku...dan biarpun brepisah aku sentiasa minta maaf dengan mereka...kerana aku pentingkan komunikasi ...dalam setiap komunikasi dengan rakan fb aku saling bertukar ilmu secara tidak langsung ...sebab itu mereka terlalu berharga bagiku...
      38 minutes ago · · 3

    • Diari Amirdza alhamdulillah atas penjelasanmu...walau bagaimanapun..yakinilah persahabatan ini seharum dulu....
      36 minutes ago · · 2

    • Nor Zalina Ahmad terima kasih Dairi Amirdza
      35 minutes ago · · 2

    • Diari Amirdza ‎^_^ sama-sama kasih....
      34 minutes ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Seindah puisimu seindah budimu seharum kasturi...moga cinta kasih sayang kita terus mewangi hingga ke SyurgaNya...Amin
      32 minutes ago · · 1

    • Diari Amirdza insyaAllah sahabat,doamu mengiringi dunia puisiku ini...semoga persahabatan terjalin seindah suria pagi,semekar bunga mewangi....
      30 minutes ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Sekarang ni..tunjukkan senyumanmu tanda hatimu ikhlas membalas senyumanku ye mirdza...kalau kau tertutup macam tu...mana mungkin aku melihat senyuman mu yang memukau itu....hihihi
      27 minutes ago · · 1

    • Diari Amirdza biar ku tutup senyumanku ini kerna tak mau terlihat kelibat sepi,agar tak terkuis luka dihati,justeru ku sembunyikan senyumku ini...
      25 minutes ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Selagi aku tak lihat senyumanmu itu...ketahuilah mirdza....kau sengaja melukakan hatiku yang sepi ini...jangan...salahkan aku ok...hihihhi senyum kan... satu sedekah demi ukhwah persahabatan apalah salahnya sedekahkan aku senyuman manismu itu hihihihihihi bukan buat aku saja... buat semua teman-temanmu di sini...aku percaya mereka pun nantikan senyuman ukhwahmu itu...barulah boleh menghayati puisi-puisi indah mu itu....hihihihi ku nanti...ku nanti...tanpa jemu....hihihi
      16 minutes ago · · 1

    • Diari Amirdza huhuhu.....
      13 minutes ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Hutang puisi dibalas puisi,
      Balasan senyumanmu akan ku nanti;
      Senyuman ukhwah paling bererti,
      Akan diingat hingga ke mati.

      3 minutes ago ·



  • (PETIKAN DARIPADA WALL DIARI AMIRDZA)
    28 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;