Friday, 27 January 2012

MAAFKAN AKU RERAMA




MAAFKAN AKU RERAMA

Sepi ...
pergilah kau sepi...
kau tak perlu hadir dalam hidupku lagi
krena kau telah mentsunamikan fikirku tenang
jadi celaru tak menentu....

untuk apa kau hadir dalam hidupku?
kedatanganmu tak diundang...
tapi kerana menyahut seruanmu
untuk bergandingan memintal impian suci
kuterima untuk sama memberi kerjasama....
kita gelak ketawa bersama
pelangi sentiasa tersenyum dikelilingi
hilai ketawa mesra rerama yang mengindahkan
lagi pintalan yang diimpikanmu

sedang asyik membina pintalan impian nan indah
tetiba kau dengan sengaja menguraikan pintalan
impian itu dan pintalan itu musnah lalu
kau campakkan ke longkang!
aku terus kaku dan bisu
setega itu dan aku tak tahu kenapa kau jadi begitu?

tidak puas dengan itu kau kata ...
kau akan gantikan pintalan yang baru dan akan kau
bina bersama-sama rerama yang pandai membuat pintalan
yang indah ...

aku kau usir kerana tidak mahu aku mecacatkan pintalan
rerama-rerama yang pandai lagi bijak membina pintalan...

aku amat menghargaimu dan rerama-rerama yang ada di situ
tapi kau buang aku sambil disahut dengan hilai ketawa rerama di situ
apakah ini balasan yang kuterima darimu?

jika aku tahu begininya engkau dan rerama di situ
tak akan aku terima undangan namaku di situ
tapi aku tak tahu....jadinya begini

kerna ini semua adalah ketentuan dariNya
aku terima dengan redha

aku berjanji dengan diriku tak akan mengganggu kau dan reramamu
pintallah sebanyak mana mahumu memintal dengan reramamu yang
bijak itu aku doakan moga kau dan reramamu berjaya menuju apa yang
dicitakan dalam membina pintalan yang indah.

cuma satu ku berharap pada kau dan rerama-rerama kau
jangan pernah cuba kaitkan nama aku dan pintalan-pintalan yang
pernah kubina di situ...musnahnya nama aku di situ musnahkan juga pintalan aku di situ.

kepada rerama-rerama pengikutmu....
maafkan aku kerana aku tak mahu ada hubung kait lagi dengan dia dan kamu ...
biarpun begitu aku tetap mendoakan kejayaan untukmu duhai rerama dan aku tetap
menghargai persahabatan kita sampai kapanpun!
Maafkan aku rerama ...aku tak sesuai terbang bersamamu untuk memintal impian bersamanya...
kucuba...kucuba...tapi tak terdaya...
maafkan aku ye rerama...

Karya Rha NS
28 Januari 2012
· · · 4 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;