Saturday, 28 January 2012

TERIMA KASIH KERANA FAHAM BAHASA

TERIMA KASIH KERANA FAHAM BAHASA

Engkau ada karya sehebat aku?
Tak ada...
Kalau tak ada ...kenapa kau nak berkarya...?
Salah ke...?
Bahasa kau rendah ...tak sehebat kamilah...!!!!
Ye....aku mengaku aku tak setanding kalian yang berbahasa puitis!
Engkau tahu tak bahasa yang kau tulis tu...rendah macam orang tak sekolah tinggi
Ye aku tak sekolah tinggi macam kau ...tinggi melangit...
Sedar...pun...habis tu kenapa terhegeh-hegeh kau nak menulis?
Dah aku minat hendak buat macam mana?
Hei! Sedarlah sikit ...cermin sikit siapa engkau tu...
Kenapa ye...salah ke aku minat...
Engkau tu sudahlah tak ada kelulusan ada hati hendak menulis
Salah ke aku menulis?
Memang salah sebab engkau dungu...tak setanding kami yang pandai!
Ye...lah kau yang terpandai di dunia ini aku tak pandai...
Kalau engkau tahu tak pandai napa nak menulis?
Dah aku katakan tadi...aku minat...aku minat....! aku minat...!!!
Wei! Minat je tak mencukupilah...bahasa pun berterabur...
Yelah engkau ajelah yang pandai berbahasa ...aku tak...
Kalau engkau sedar engkau tak pandai berbahasa ...kenapa engkau nak menulis?
Engkau pandai je berbahasa tahu tak tahu bahasa...kan aku dah katakan tadi...
Engkau ni memang betullah tak tahu bahasa?
Wei...aku ke atau engkau yang tak tahu bahasa?
Engkau...engkau...engkau memang tak tahu bahasa...
Engkau...engkau...memang tak faham bahasa...
Senang cakaplah bagi engkau faham...berhenti dari menulis! Faham!
Kalau aku tak faham ...
Hahahahaha tak faham? Kesihan engkau...
Kesihan ke mencantas aku nak menulis...
Sebab tu rerama aku tak like pun apa yang kau tulis...tak faham lagi?
Dah lama aku faham...
Faham pun engkau...
Aku tak kisah pun lah rerama engkau tu nak like ke tidak...
Engkau tengok aku ni...aku tulis semuanya rerama like...
Aku tak kisahlah aku menulis bukan kerana rerama engkau tu ye...
Itu membuktikan tulisan engkau tu...karya bodoh! Faham???
Faham...Tuan Penyair Hebat!!!!
Kalau engkau tahu aku dan rerama aku hebat engkau jangan menulis!!!
Aku akan menulis selagi aku mampu menulis...
Engkau tulislah tiada siapapun yang hendak baca jauh sekali nak like!Haahaha
Wei...aku tulis bukan kerana engkau...bukan kerana rerama engkaulah....
Kerana kedegilan engkau nak menulis dan menyakitkan hati aku...
Engkau sakit hati ke?
Iye aku sakit hati...sakit....sakit...sakit...sakit hati aku?
Habis tu aku nak buat macam mana hati engkau sakit...
Engkau jangan menulis baru hatiku tak sakit...!
Pelik ye...aku menulis aku tak ganggu pun engkau dengan rerama engkau...
Kerna aku terlalu bencikan engkau ...aku padamkan nama engkau di grup kami...
Terima kasihlah kerana engkau dah faham bahasa sebab itu kau pandai...

Karya Rha NS
28 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;