Monday, 23 January 2012

DENGAN IZIN ALLAH PASTI KAU BOLEH MENULIS TEMAN!


~AKU 2 ~

Kerana aku masih merinduimu
kerana aku masih menyintaimu
kerana aku masih menyayangimu
dan kerana itu semua
aku masih setia disini
menjejak bayangmu
walau penuh sendu

Biar kini aku sakit sendiri
sepi tiada siapa mengetahui
entah esok masih ada lagi
menyambut senyumanmu nanti

Terima kasih atas semua
pertemuan yang berakhirnya dengan duka
biarlah walau aku menderita
senyumanmu bisaku saksikan jua

Aku gembira
dikau bahagia
adanya teman penawar dukamu itu
yang senantisa rela
menemanimu selalu
didalam riang harimu

Salam akhir kata dariku
semoga ceria tetap milikmu
bilamana nanti pertemuan bisa terjadi
atau perpisahan mendahului
dengan titipan mesra terakhir dariku
bersama doa aku hulurkan
akanku junjung kebahagiaan untukmu
dengan penuh nafas rindu
izinkan aku berlalu....

~ Keris Abadi - 23/Jan 04:50pm ~
· · · 22 hours ago

  • You, Rajendra Nath Tagore II and 5 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali Kamu nak berlalu pergi mana keris abadi....hihihi
      22 hours ago ·
    • Keris Abadi kehujung jembatan membawa diri ini
      22 hours ago · · 1
    • Norliza Liza Kau sakiti hatiku,kau seksa batinku,kau linangkan air mataku..
      Kalau saja aku mampu ingin kubunuh dirimu..
      Supaya tak pernah kulihat wajahmu yg bertopeng itu..
      Supaya tak lagi kudengar namamu..

      Aku menyesal bertemu kamu..
      Aku menyesal terima hadirmu dalam hidupku dulu..
      Aku menyesal memberikan kasih sayangku padamu..
      Sungguh..ya sungguh aku menyesal mencintaimu
      Selaut dan sejagat sesalku menjadi amarah membuncah dikalbu..
      21 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Bawalah ke mana kau hendak membawa diri keris..tapi pastikan jembatan akhirat yang hendak kau tuju ye..
      21 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Liza...ku sayang... ini sekadar puisi ke..atau betul-betul...kalau betul2 akan kuberitahu keris supaya dia jangan bertopeng di wajahnya atau cintanya..biarlah cintanya setulusnya...hihihi
      21 hours ago · · 1
    • Keris Abadi hatiku telah kau bunuh dengan sebilah pisau
      luka ia berdarah
      mengalir berpencutan tanpa henti
      ya.. pedih rasanya..
      pedih rasa.. bisa dicampur cuka.
      20 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Biar luka itu bercampur cuka...
      Jangan wajahmu mencuka ....
      Nanti hilang serinya
      Nanti semua takut untuk berteman denganmu keris...hihihi
      20 hours ago · · 1
    • Keris Abadi adakah wajah dikalis dgn ilham
      wajah ku tidaklah anda impikan
      sederhana tidak lebih pun tidak
      bagaikan putera kayanagn juga tidak

      aku hanya insan sepi
      tenpa teman siapalah aku
      tanpa dorongan aku tiada
      tanpa Ya memberi
      aku tidak menulis :)
      20 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Dengan izin Allah pastinya kau boleh menulis teman
      Yakin dengan kurniaaanNya padamu yang tidak diberikan pada hambaNya yang lain makanya pergunakan kelebihanmu itu menulis yang ada nilai di SisiNya agar menjadi bekalanmu di negeri pasti yang harta dunia tidak bermakna lagi.
      20 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI ILAHI)
    24 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;