Wednesday, 25 January 2012

HANYA ENGKAU SAHAJA YANG TAHU MEMBALAS DAMBAANKU

malam ini aku ingin bercinta denganMu
berjanjilah Kau akan merahsiakan segala kalimahku
kerna aku tahu hanya Kau sahaja yang sangat mengerti
setiap makna lafaz ku itu
Engkau rahsiakan juga setiap desah nafas rinduku
kerna semua itu hanya buatMu
hanya Engkau sahaja yang tahu membalas dambaan ku
tanpa sedikit membekas ragu dikalbuku
aku ingin bercinta denganMu
memugar ghairah tak bertepi
membius segala indah duniawi
merebah lelah seluruh indera dari pesona
mengusir amarah meminggir
hanya aku dan Mu..
pada janji yang tak termungkir
hanya kita....
· · · Tuesday at 10:42pm ·

  • You, Diari Amirdza and 8 others like this.

    • Diari Amirdza bravo!!
      Tuesday at 10:44pm · · 1
    • Akhtarullah Syihab nampak ajer...hehehe
      Tuesday at 10:45pm · · 1
    • Diari Amirdza ada mata mehh...hihihi
      Tuesday at 10:45pm · · 1
    • Akhtarullah Syihab mata hatimu sangat tajam kak....
      Tuesday at 10:46pm · · 1
    • Diari Amirdza takde la..tengah pakai mata palsu ni...hehehe....
      Tuesday at 10:47pm · · 1
    • Akhtarullah Syihab really? erkkkk
      Tuesday at 10:48pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali
      hadirlah cintaMu di kalbuku hambaMu yang hina ini
      yang selalu lalai dengan pesona duniawi
      yang lupa akan segala janjiku telah terpatri sejak azali
      sejak rohku ditiupkan dalam kandungan bondaku

      Tuhan...dengan EhsanMu tanpa batas
      Dengan Sifat PenyayangMu tanpa had
      Sebelum aku dijemput olehMu
      Berilah aku peluang
      menikmati
      manisnya iman
      lazatNya mencintaiMu
      di hati ini tiada yang lain
      hanya Kau Yang Tertahta Di hati
      MemujiMu di setiap waktu
      tanda kurinduMu teramat sangat
      balaslah rinduku
      balaslah cintaku yang tak bertepi padaMu Allah
      kerna kucintaMu bertahta di hatiku di setiap penjuru kalbu...
      Yesterday at 3:14am · · 3

  • (PETIKAN DARIPADA WALL AKHTARULLAH SYIHAB)
    26 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;