Wednesday, 25 January 2012

DI SINI AKHIRNYA KARYA PENALUKA KERSANI


tajuk: Disini akhirnya

Jika ini yang terakhir dariku
jika ini sahaja yang ada
luahan coret carik mencarik muntahan penaku
biarlah ia menjadi tatapan terakhir
yang penuh bermakna buatmu
ku lahirkan dari hati
bukan berlindung di balik bayang nan gersang
terima kasih
terima kasih
terima kasih
yang selama ini menjadi obor dalam diriku
tak pernah padam
walau di malam yang kelam
kerana kau aku hidup dengan semangat yang tak pernah pudar
tetapi kini
disini akhirnya mungkin aku di kuburkan dengan penaku
· · 22 hours ago ·

    • Patin Aboh Temerloh jua ungas dirimba amt merindui mu,,takala desiran angin petang tak jemu menanti sapaan sopan mu lantaran bukit bukau amat setia mehambarkan diri..ahhh lantak laaa pesetan itu semua moh laa nyuh offroad bad
      15 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali
      Kenapa setega itu kau bilang begitu duhai pejuang pena ku
      Selama ini kaulah yang sentiasa menyalakan obor memperjuangkan pena? Pada semua yang minat berpena yang minat berkarya...
      Kaulah pelangi yang tak jemu muncul biarpun tsunami datang m...embadai! Semua terpegun dengan semangatmu itu yang tak pernah luntur! Tapi kau muntahkan segala isi hati perjuanganmu yang mahu kau kuburkan...aduai....!!! Bagaikan halilintar menusuk di benak hatiku! Hatiku terus jadi sakit ....hatiku terus jadi ...jadi...jadi...tak menentu....mana pergi semangat juangmu??? Mana....? Mana....???? Dulu kau tak begitu....sekarang kau jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Siapa yang telah mematikan semangatmu itu??? Kalau aku tahulah siapa yang mematikan semangatmu itu....akan kukatakan padanya ,"Langkah Mayat Aku Dulu!' ...tapi yang menjadi persoalannya aku tak tahu kerna kau tak diberitahu...atau....atau...atau...adakah aku yang menjadi puncanya...kau begitu??? Katakan...Katakan....!!!! Kalaulah aku menjadi puncanya relaku bisu berpena selamanya denganmu....kalau kau mahu aku begitu terus...terusan menyalah diriku sendiri ...silakanlah kau itu membuatkan hatimu bahagia...sebelum aku mematikan penaku denganmu...berilah jawapan pasti padaku...kerana sejujurnya aku katakan padamu...aku tak mahu kau kuburkan penamu...akan menangislah semua mata pena di muka bumi ini....dan mata penaku selamanya untuk penamu yang sudah bisu kaku sebab itu kau mahu kuburkan saja..dan ini aku tak boleh terima sama sekali!
      about an hour ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL PENALUKA KERSANI)
    26 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;