Saturday, 28 January 2012

RINDU KARYA ELIZ MAWAR PUTIH


‎~~~Rindu~~`

Kupu-kupu terbang pagi
Indah sungguh berbagai warna
Di celahan kuntuman bunga-bunga
yang sedang mekar dan mengharum

Matahari menyerlahkan sinarnya
Pada ubun-ubun bukit
Butir-butir embun menitis pada daun-daun
Oh ! Betapa indahnya
Hening dan damai

Di permatang
Sawah padi kelihatan berbalam
Di selaputi kabus putih memanjang
Sayup mata memandang

Wahai angin yang bertiup lembut
Titipkan rinduku padanya
Wahai mentari yang tersenyum malu
Sampaikan rinduku padanya
Rindu seorang kekasih...

Liz~~~25/1/2012````
· · · January 25 at 8:58pm

  • You and 7 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali Wahai kupu-kupu terbang pagi
      Sampaikan salamku pada Eliz Mawar Putih
      Kerana aku terpesona bauan haruman budinya
      Lalu aku ingin menjadi kawannya
      Agar dapat saling berbagi ilmu tanpa jemu!
      Thursday at 6:58am · · 1
    • Eliz Mawar Putih Terima kasih kak Rabeah...kuterima salammu sebagai sahabat...
      Thursday at 5:50pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Alhamdulilah...ku sayang kamu keranaNya
      Terima kasih kerana sudi terima aku apa adanya
      Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku...
      Moga persahabatan ini sewangi mawar putihmu...
      Thursday at 6:07pm · · 1
    • Eliz Mawar Putih InsyaAllah kak...semoga ianya berkekalan sampai bila-bila...
      Thursday at 6:08pm · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      Thursday at 6:09pm · · 1
    • Eliz Mawar Putih Aminnn...
      Thursday at 6:12pm · · 1

  • (PETIKAN DARI PADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
    29 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;