- You, Mahabbah El-ahmadi and 31 others like this.
Halimah Mulyadi assalamualaikum..seeep jeng..klo beramal tunai,ntar msk tipi n koran.jd riyak dunk..:)
3 hours ago · · 1
Mahabbah El-ahmadi he he mb kusayang...inggih jeng boleh aja ...asal ada selipannya uang nggeh mb Halimah Mulyadi
3 hours ago ·
Halimah Mulyadi jd seleb dunk..saingan ma yuni shara..mending jd seleb d fb aja ya?aman..:)
3 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Bawalah ke mana kau hendak membawa diri teman...tapi pastikan jambatan akhirat yang hendak kau tuju.
2 hours ago · · 1
Mahabbah El-ahmadi ah..nggak mau mb kalau saingan sama Yuni sahara...mending sangingan sama bunda Rabeah Mohd Ali...itu yang lebih siip buat menyalurkan bakat saya...boleh ya bunda@Rabeah Mohd ali?...
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Kita ditemukan Allah SWT pasti ada hikmahnya ...dong sayang nanda Mahabbahku ...inilah hikmahnya saling berbagi ilmu untuk mendapat redhaNya dan balasan cintaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Ya Allah,
Keluarkan kami dari kegelapan
ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman,
bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berilah cahaya kepada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
about an hour ago · · 1
Mahabbah El-ahmadi syukur...alhamdulillah, senang sekali bunda@Rabeah Mohd Ali...semoga bunda tetap memberikan dukungan pada saya ya bunda...untuk mb@halimah mulyadi saya ayo deh buat semangati saya...
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Dengan izin Allah pastinya kau boleh menulis teman
Yakin dengan kurniaaanNya padamu yang tidak diberikan pada hambaNya yang lain makanya pergunakan kelebihanmu itu menulis yang ada nilai di SisiNya agar menjadi bekalanmu di negeri pasti yang harta dunia tidak bermakna lagi.
about an hour ago · · 1
Mahabbah El-ahmadi aamiin Allahumma aamiin..
mb Halimah Mulyadi..ayo tampil ditipi mb...dengan senyum yang manis...
about an hour ago ·
Rabeah Mohd AliERTI PERSAHABATAN BAGIKU
Ye...inilah erti persahabatan ku dengan semua kawan-kawan fbku...kehadiran mereka terlalu indah seperti kemunculan pelangi di malam hari...lalu aku bersyukur kepadaNya sebanyak-banyak kerana mengurniakan aku sahaba...t-sahabat yang seia sekata senada seirama rentak tari yang sama pemikiran yang sama minat yang sama matlamat yang jelas untuk menuju ke jalan-jalan redhaNya Tuhanku Tuhannya Tuhan Yang Mencipta Semesta Alam.
Rha NS
22 Januari 2012See More
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd AliJALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA
DARIPADA PERMATA!
Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,
Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam maya
ku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah
yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan
aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri
daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni.
Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak
menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.
Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan
masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling
bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik
untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.
Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang
tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.
Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan
permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa
yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.
Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran
buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman
facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat?
Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakit hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.
Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.
Apapun alasan aku... aku tetap bersalah Ya Allah...
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah...
Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.
Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... kan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMu dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Rha NS
21 Oktober 2011See More
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd AliAKU LEBIH MENGHARGAI KURNIAANMU PADAKU ALLAH
Jika karya mu di anggap sampah...apa perasaanmu teman...
Kalau aku di anggap sampah aku boleh terima...
Tapi jika karyaku di anggap sampah aku tak boleh terima
Kerana setiap karyaku kuhasilkan sepenuh hati dan jiwa
Karya muhasabah diri , Memuji Allah Pencipta Semesta Alam dan berbuat baik pada manusia... adakah itu dianggap sampah teman?
Bagaikan halilintar menusuk ke kalbuku teman...
Setega itu dihina karyaku...
Duhai teman...apa salahku?
Ye...aku tak sehebat dia yang pandai menyusun bahasa indah ...tapi takkan aku tak berbahasa indah sepertinya setega itu dia menghina karyaku bagaikan sampah? Allahu Akhbar...
Nangis aku teman...
Tiada seorangpun yang membela aku pabila aku dihina sebegitu...
Mahu saja aku kakukan jemariku ini dari terus berpena
Tapi bila kufikirkan aku menulis bukan kerena mereka yang bijak pandai
Aku fikirkan aku menulis kerana demi mendapat balasan cintaNYa dan redhaNya... aku tulis juga ...
biarpun pahit bagaikan hempendu
biarpun luka parahku tiada siapa yang sudi menjahitnya
tapi aku tahu Allah sentiasa bersamaku...
Tidak cukup dengan itu dituduh aku jangan berani usik sarang tebuan!!
Aduh!!! Seluruh badanku kini bengkak-bengkak digigit tebuan!!
Allah tolong aku Allah ...
Besar sangat ke kesalahan aku hingga dihantarkannya ribuan tebuan untuk mematikan aku dari hidup di muka bumi ini...
Bunuhlah aku teman...jika itu boleh memuaskan hatimu
Tapi tolonglah jangan kau bunuh anganku untuk berkarya
Karyaku adalah duniaku karyaku adalah nyawaku...
Apalah salah karyaku hingga dihukum sebegitu teman?
Ye ini semata-mata kerana tak senang dengan kebanjiran karyaku
di situ...sedangkan aku dijemput tanpa izinku....tapi sebegini rupa jadinya...aduhai malangnya aku di situ...aduhai berhari-hari aku berendam air mata...kejamnya merek padaku...jika aku tahulah begini jadinya takkan akan kuizinkan namaku dimasukkan ke situ!!!
Tapi siapalah aku....aku tak tahu apa akan berlaku....
Sekarang apabila sudah berlaku...kuanggapkan itu sebagai pengajaran buatku lebih menghargai KurniaanMu padaku Allah.
Karya Rha NS
22 Januari 2012See More
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd AliAKU SYUKUR HATIKU LUKA DILUKAI
Cermin tak pernah berbohong...
Tapi hati selalu berperasangka
Membuat kasihku hilang ditelan awan kelabu
Terus mendung
Terus luka
Yang tak terubat
Lalu luka dicurahkan cuka
Aku meraung kesakitan
Lalu dibebat luka dengan kain buruk
Hatiku pilu sayu
Lukaku kian parah
Bernanah
Berulat
Aku senyum dalam duka
Terubat luka
Bilamana
Ulat senyum padaku
Agar bersabar demiNya
Terima kasih luka
Terima kasih ulat
Hikmah di sebalik luka
Aku syukur hatiku terluka dilukai!
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011See More
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd AliDEMI KASIH DAN SAYANG
Dulu...aku tak pernah menghargai diriku
Yang kutahu berkorban untuk demi sebuah kehidupan
Demi kasih dan sayang
Tapi apa yang kukorbankan tak ada yang sudi hargai
Hatiku dilanda duka
Cermin bisulah menjadi sahabat setiaku
Ada kalanya terdetik hatiku
Agar Allah ambil saje nyawaku
Kerana kasih yang kuberi
Tersisih disisih
Namun kuterus bersabar bertahun lamanya
Seakan berabad lamanya
Demi sebuah kebahagian yang dicarinya
Kuundur diri
Lalu ku menyendiri
Bermuhasabh diri
Bermunajat pada Tuhanku
Redha atas takdirNya
Aku yakin Allah sentiasa bersamaku
Walaupun hidupku
Tidak dipenuhi kasih dan sayang
Allah Maha berkuasa
Mengilhamkan padaku
Untuk menyemai benih-benih
Kasih sayang
Di hati-hati yang kudus kasih sayang
Melalui karyaku...
Aku mencurahkan kasih sayang
Melalaui karyaku...
Yang dibaca mereka menerima kasih sayang
Kasih sayang yang kesemai
Hidup merimbun di serata pelosok dunia
Itulah impianku
Itulah kepuasanku
Kasih sayang yang kupupuk:
Kasih sayang sesama insan
Kasihkan haiwan
Kasihkan alam
Kasihkan Allah dengan sentiasa muhasabah diri sendiri
Kini barulah aku hargai diri sendiri
Syukurku dalam sujudku.
DEMI KASIH DAN SAYANG II
Itulah dugaan kehidupanku...
Itulah harapanku
Demi meraih
Cinta Allah
Kasih sayang manusia seluruhnya
Moga apa yan dikarang dari dalam kalbuku ini
Boleh membuatkan sahabatku
Menyayangi dirimu
Dirimu amat berharga!
Sayangilah ia
Kerana kita akan tempuh
Alam di Sana yang kekal abadi
Bidadari Syurga menunggumu di Sana Insya-Allah
Dan bilamana kau memiliki Cinta Allah berkat kesabaranmu
Tentu kau bersyukur dengan ujian yang diberikan kepadamu
Duhai sahabatku!
Kita saling muhasabah diri ...
Kerana kita sentiasa tidak sempurna
Dalam menuju ke jalanNya
Yang penting ikhlas apa yang dilakukan
Bukan mahu pandangan manusia
Tapi mahukan pandangan Allah
Moga berkat keyakinan kita kepadaNya
Allah membalas CintaNya untuk kita
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
13 Ramadhan 1432H
13 Ogos 2011See More
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd AliCINTA MANUSIA YANG TAK MEMBAWA KE SYURGANYA
Cintaku berada dalam bara gelombang ombak mengganas!
Ku tak pasti aku masih bertahan atau ngak!
Menghadapi cinta sedemikian rupa
Lagi kuberi cinta suci lagi dia menggulung aku dalam bara itu
Lalu dihempaskan ke pantai
Lalu hatiku hancur bersepai-sepai
Lantaran setega itu cinta yang teramat kejam
Kurela lupakan untuk selamanya!
Kerana kupercaya Allah masih sayangkanku
Yang setia dengan cintaNya biarpun diuji dengan cinta manusia cuma sementara yang tak boleh membawa aku ke SyurgaNya!
Rha NS
23 Januari 2012See More
58 minutes ago · · 1
Rabeah Mohd AliBIARPUN SENYUMKU DITARIK BARA OMBAK MENGGANAS
Duhai sahabat penyejuk mata penyejuk jiwaku...
Ku yang berceramuk dek dukaku yang panjang
Yang ditarik senyumku oleh bara ombak mengganas
Biarpun senyumku ditelan tsunami
Kutetap senyum
Kerana kutahu
Senyuman itu ada nilaianNya di Sisi Tuhanku
Biarpun orang tak tahu
Asalkan
Aku dan Tuhanku Tahu
Sebab Dia Maha Tahu
Sebesar apapun detik hatiku
PadaNya aku datang
PadaNya aku dikembalikan
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011See More
56 minutes ago · · 1
Rabeah Mohd AliCERMIN KAU TETAP BISU
Cermin...
Kau tak pernah menipu
Bagaimana wajahku
Begitulah kau
Seiras saling tak tumpah
Walaupun sama saling tak tumpah
Kau tak ada hati dan perasaan
Bila ku tiada kau pun hilang
Bila kulihat mu baru kau ada
Yang kukagumi dengan kau
satu aje cermin
kau tetap setia menampakkan wajahku
aku boleh berkata-kata
kau ikut apa yang kukata
tapi kau tak boleh berkata-kata
Setiap hari kulihat cermin
tapi kau tak pernah tahu apa
yang kumahukan dalam hidup ini?
Tak apalah kalau aku cakap dengan engkau pun
tak guna sebab kau bisu tak boleh beri
sedikitpun pandangan...
Yang ku mahukan cermin...
Agar aku sentiasa mencermin diriku
agar aku tidak karam dengan kelalaian duniawi
moga Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihNya
tanpa batas padaku dan semua keluargaku
dan semua sahabat-sahabatku yang kukasihi.
dunia dan akhirat.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Perkenankan doaku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
53 minutes ago · · 1
Rabeah Mohd AliKAMI SAYANG PUISI KAWAN KAMI!
Bagus le tu...nanti kalau ada ilham hantar kat wall saya ye...boleh kita kongsi sama kawan-kawan yang lain...kita orang ni semuanya peminat puisi gila-gila tak kisahlah sedap tak sedap ayatnya...jadi ada bunyi... dah...senang je bukan kita nak hantar kat penerbit buku kena berbelit-belit susahnya hingga tak jadi nak tulis...kita kat sini semua sama taraf ...yang penting...... minat berkarya gila-gila tanpa ada hendak membanggakan diri apatah lagi hendak mencipta nama tersohor sebagai penulis...kawan-kawanku semuanya menghargai bakat kawan-kawan menulis puisi. Puisiku kau minat puisi kau kuminat! Itulah moto kawan-kawan puisi kami. Kami sayang puisi kawan-kawan kami kami sayang juga kawan-kawan kami yang senada seirama sehati sejiwa meminati dunia puisi dunia sasteraku sasteramu.
Rha NS
21112
50 minutes ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Apa ada pada umur kan..tua atau muda pasti mati tapi tak tahu bila kan.. ayuh kita gunakan usia yang berbaki ini untuk ke jalanNya... apa pendapat kalian semua?
47 minutes ago ·
Rabeah Mohd Ali Dalam kamus kehidupan tiada kenal erti putus asa tapi di akhirat nak beramal tiada maknanya lagi.
45 minutes ago ·
Mahabbah El-ahmadi afwan bunda tadi lagi sarapan...trimakasih banyak bunda puisinya...semoga saya bisa bergabung dan bisa seperti bunda...amiin
45 minutes ago · · 1
Rabeah Mohd AliJIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud padaMu
membaca QalamMu
berzikir padaMu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di SisiMu
berbuat kebaikan
bersangka baik denganMu dan manusia
Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hambaMu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redhaMu
Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
5 Oktober 2011
40 minutes ago · · 1
Monday, 23 January 2012
DALAM KAMUS KEHIDUPAN TIADA KENAL ERTI PUTUS ASA TAPI DI AKHIRAT NAK BERAMAL TIADA MAKNANYA LAGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment