Thursday, 26 January 2012

KUKIRIM SEGUGUS RINDU BUAT TEMAN DAN TAULAN



SEINDAH SEPASANG KUPU-KUPU
- aku terdiam kaku dalam qiam mengingati-Mu

saat sepasang kupu-kupu pagi
terbang melintas awan
kukirimkan segugus rindu
buat teman dan taulan
agar semuanya tersiram
titis-titis nur kasih-Mu
yang tumpah dari langit tujuh
biar rahmat dan redha-Mu
kembali melingkar menyelubungi
taman-taman hati
penuh warna warni
seindah sepasang kupu-kupu pagi
yang tak henti-henti tersenyum
dan leka bermain angin
sambil menghirup
manisnya madu
dan aku terdiam kaku
dalam qiam mengingati-Mu
sesuci cinta sepasang kupu-kupu
tanpa jemu memukat bebunga rindu
yang gugur ditiup bayu
sebening titis embun yang luruh
dari ranting ke hujung daun
membasahi lantai jiwa satu persatu
semerdu alunan lagu syahdu
si pungguk buat rembulan
yang tak jemu-jemu merindu
bias cahaya di langit kelabu
sehangat api rindu
yang membakar
seluruh urat dan nadi
buat kekasih yang menjauh hati
telah kuhimpunkan
bunga-bunga bahagia
buat belayar menuju ke selat rindu
menuju muara kasih-Mu
dan akan kubiarkan sepasang kupu-kupu itu
datang lagi bertamu dan terbang tinggi
terbang membawa rinduku
untuk bersatu dalam rindu-Mu
moga segala pengorbanan
ada kudrat dan darjat
di sisi-Mu...

nukilan rasa:
Ayahanda Chik
Karyawan Karya Kita - Bahasa Menunjukkan Bangsa
24 Januari 2012
· · · 13 hours ago ·


    • Ivan Darwin ‎.*.Asalammualaiqum wrwbr*.*..
      ***ijinkan *ivan datang menyambung silaturohimnya*.*lama tak jumpa*ta tau kabarnya*.*
      **ivan menyapamu.,*



      *yah*pakabar*.*
      *.*malem yah*.*



      **smga dalam keadaan sehat walafiaat**



      **amiin**
      *salam ka ayah skeluarga*dari ivan* yang tidak luput dari kesalahan*.*
      **mohon maap yah baru mampir*.*..

      12 hours ago · · 1

    • Ayahanda Chik Ivan Darwin.....waalaikummussalam....alhamdulillah kami seklrga sehat wal'afiat....biar salam tak berjabat....namun semuanya tetap kekal di ingatan....terima kasih kerana mampir ke status ayah....selamat malam & selamat istirehat juga buat kamu....^_^ selalu....Yo Yo Te Amo, Chodday Rezpector, Koni Ryan Essel, Jasmawati Othman, Aliza Munira Manius, Apha Shalah Qu, Arif Tetranto & Yanni Tag....terima kasih dan selamat malam juga....
      12 hours ago · · 4

    • Ivan Darwin ‎*.*yo monggo*..yah met tidur*.*
      12 hours ago · · 2

    • Aliza Munira Manius Ya sama-sama Ayahanda Chik ~ selamat malam..
      12 hours ago · · 2

    • Ayahanda Chik Triyogi Pangestuti.....bukan sahabat kalau tidak hadir menyapa....terima kasih & selamat istirehat....Muhammad Hanif Muttaqin.....terima kasih juga jempol manisnya.....^_^....salam kasih sayang dr Ayahanda Chik seklrga.....
      11 hours ago ·

    • Ayahanda Chik Didi Pengeja Sastra, Chandra Ag & Helmiza Yus.....selamat pagi & selamat istirehat juga....terima kasih....sukses selalu....
      11 hours ago ·

    • Ayahanda Chik Ade'maher Zainz.....salam kasih & sayang dari ayah sklrga buat kamu....be the best among the best....
      10 hours ago ·

    • Suzana Mohdshah asalammualaikum Ayahanda Chik......salam penuh keceriaan ...
      5 hours ago · · 1

    • Ayahanda Chik Waalaikummussalam....Suzana Mohdshah...salam penuh keceriaan kembali....
      4 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali BERTELEKU AKU SENDIRIAN MENGENANGKAN BETAPA HARUM KASTURINYA HATIMU!

      Duhai sahabatku Ayahanda Chik yang sentiasa tersanjung di hati...
      Biarpun persahabatan kita sudah menjangkau hampir dua puluh tahun
      Biarpun kau sudah bergelar penulis yang berjaya
      Biarpun kau sudah bergelar usahawan yang berjaya
      Biarpun kau seorang yang bijaksana dalam mengungkapkan kata-kata indah bermadah
      Namun itu semua tidak ada rasa ujub di hatimu sebesar zarahpun!
      Yang cuma ada di hatimu...
      Warna-warna pelangi indah
      Bahasa-bahasa yang indah
      Persahabatan yang indah seindah pelangi di waktu malam
      Kasih sayangmu merata di hati semua
      Kasih sayang mu bukan untuk dibalas dengan habuan dunia
      Tapi kasih sayangmu ikhlas semata keranaNya
      Allahu Akhbar!
      Berteleku aku sendirian mengenangkan betapa harum kasturinya hatimu dapat dihidu hingga ke serata pelosok dunia
      Syukur Ya Allah aku menjadi sahabatnya
      Syukur Ya Allah kepada mereka yang menjadi sahabatnya
      Kasihnya seperti mawaddah yang terlekat di kalbu kepada para pecinta kemurniaan hati!

      Rha NS
      26112

      2 hours ago ·
    • 18 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik
      Alhamdulillah....terima kasih ya Rabeah Mohd Ali....kita akan bersahabat selamanya....insyaAllah....

      Burung tempua bersarang rendah,
      Hinggap berkawan di pohon kelapa;
      Hidup akan terasa lebih indah,
      Bila teman dan taulan hadir menyapa....

      selamat berjuang dengan mata penanya.....teruskan segala usahanya....kejayaan telah menunggumu di depan mata.....
      See More
      9 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Sukanya hati bila teman datang menyapa.
      Hatiku mendung terus didatangi pelangi;
      Jika kau sibuk duhai ayahanda chik tak mengapa,
      Kufaham tugasmu terlalu sibuk sepanjang hari.
      8 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik Anggun bersimpuh si puteri raja,
      Berteman rerama duduk menanti;
      Walaupun sibuk atas urusan kerja,
      Silaturrahimnya tetap beraja di hati...
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Silaturrahim tetap beraja di hati,
      Dalam berjuta kaulah idola silaturrahim;
      Apapun terjadi tak pernah ambil hati,
      Manisnya imanmu semanis bila kau tersenyum.
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Wahai kupu-kupu terbang pagi
      Sampaikan salamku pada ayahanda chik ku
      Kerana aku terpesona bauan haruman budinya
      Lalu aku ingin menjadi sahabatnya
      Agar dapat saling berbagi ilmu tanpa jemu!
      7 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik Biarlah berkolek sampai ke hulu,
      Berdayung sampan melintas titi;
      Bersenang kemudian bersakit dahulu,
      InsyaAllah berbagi ilmu sampai ke mati...
      6 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Berbagi ilmu sampai ke mati,
      Itulah paling aku nantikan;
      Perjuangan kita takkan terhenti,
      Moga niat yang baik Allah makbulkan.
      6 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik Bermulalah dengan Bismillah,
      Akhir kata dengan Alhamdulillah;
      Niat yang baik dimakbulkan Allah,
      Maaf dipinta jika ada silap dan salah....
      6 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Diriku juga tiada yang sempurna,
      Salah bicaraku tolong maafkan;
      Maafkan daku teman yang bijaksana,
      Saling bermaafan menyempurnakan iman.
      2 seconds ago ·


    (PETIKAN DARIPADA WALL AYAHANDA CHIK)
    26 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;