Tuesday, 10 January 2012

LEPASKAN SANG SERIGALA DARI SANGKAR NESTAPA!


Epilog; pada malam yang resah...

Engkau lepaskan Sang Serigala kata dari sangkar nestapa; setelah taring dan kukunya telah tercabut dan patah. Selautan kasih mengiring simpati, namun apakah lagi musibah yang akan kau cipta terhadap masa. Siang buat mereka sudah terlalu pekat oleh rasa syahdu dan malu. Suara mereka hanya keluhan yang tak mampu lagi menyeringai pada malam yang resah. Seluruh isi ...langit dan bumi telah kau tawan dengan slogan mesra. Segalanya terlalu muluk dan penuh santapan pengharapan. Sementara suara kemanusiaan hanyalah menjadi pesta jalanan. Menyaksikan Sang Serigala dilepaskan di padang kawalan. Tanpa kuku dan taring tajam mencari saki baki harapan dan sisa simpati. Sementara engkau entah di sudut mana; sedang membidik anak panah ke sasaran masa. Atau memang begitulah takhdir dan hakikat percaturan dunia maya padah...
· · · 13 hours ago ·

  • You and 12 others like this.

    • Datu Muhammar Datu Mawallil pakcik ku NAGA ba yan....hehe....msh ada jgk rasa simpati sama mangsa nya...
      12 hours ago ·

    • Awang Karim Kadir Manusia harus memanusiakan manusia ananda Datu...
      9 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Sang Serigala tak akan nestapa kerana semangat perjuangannya hingga ke titisan darah terakhir biarpun taring dan kukurnya telah tercabut dan patah.
      9 hours ago ·

    • Tj Young Tj Young kalau taring dan kukuh dah tiada apalah guna perjuangan ini
      8 hours ago · · 1

    • Nurlisa Fatin Shaah Aura sang serigala tetap terserlah wpun tanpa taring dan kukunya.
      7 hours ago · · 4

    • Eddy Kapalu pantng mengalah selagi nyawa dikandung badan, selagi sayap masih berkepak, selagi arus bisa mengalirkan airnya, selagi lidah masih belum kebas, selagi nadi berdenyutan sealir darah.Nah jantung "nya" akan meronta bak sesak nafas,Bergemuruhlah urat-urat disekelingnya oleh hembusan nafas dari sang Serigala terlepas...demi masa itulah janji-Nya kepada manusia,,,
      7 hours ago · · 2

    • Maskuji Maturon Doa orang yang tiada pertalian:-
      Semalam dari kolam jinga beribu manusia terdampar di tembok yang meragukan, dari santai itu aku lihat sang kambing berdiri lega setelah bulu hitamnya menjadi putih. lalu dia menyerga ke langit dan berseru bersama ribuan pengharapan yang siap sedia untuk disembuhkan olel pertobatan yang dilafazkan serentak meruntuhkan kesombongan azali dari langit ke tujuh tempat sahabatku bersemadi. doa itu, tuhan kalau ada lagi hehidupan bebaskan, tuhan kapllau ada lagi taubat yang mahu ditranfomasikan selamatkan, tuhan kalau ada refomasi yang harus terjadi -kau tunaikan! tanpa sesal kerana semuanya tersihir digarisan permulaan, mereka mengangkat kaki lalu pulang-menunggu azan berkumandang.......

      7 hours ago · · 2

    • Tj Young Tj Young aku tak sangka masih ada semangat sang serigala yang wujud di Malaysia ....syabas teruskan perjuangan.
      6 hours ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Tercabut taring sang serigala... akan lebih bersemangat semua YB serigala-serigala yang gagah perkasa bersiap sedia untuk bertemu rakyat sedia berbakti sedaya mampu membantu rakyatnya agar boleh tersenyum di musim gerhana yang melanda kehidupan di atas kemiskinan yang tak mengenal erti putus asa untuk mengubah nasib keluarganya. Dengan ada kekuataan taring YB-YB Serigala yang dilantik segala masalah akan dapat diatasi tanpa ada prejudis. Selamat berjuang YB-YB Serigala ku. aku sentiasa mendoakan kejayaanmu di sini walaupun taringku tiada.(hihihi)
      6 hours ago · · 1



  • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
    10 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;