Monday, 9 January 2012

SAYA SUKA DENGAN DUNIA SAYA KARYAKU DUNIAKU SASTERAKU DUNIAKU SASTERAMU MINATKU

  • Cakarawala Sumber Inspirasi Saya

    Saya suka kepada bulan kerana
    bulan suka senyum kepada saya.

    Saya suka bintang kerana
    bintang tak jemu bersinar.

    Saya suka matahari kerana
    tanpa matahari hidup saya
    gelap gelita.

    Saya suka pelangi kerana
    pelangi menceriakan hidup saya.

    Saya suka semua yang ada di cakarawala
    kerana semuanya telah memberi inspirasi
    kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

    Saya Bahagia
    Hidup saya indah…
    Seindah bulan di langit.

    Hidup saya terang
    Seterang bintang bergemerlapan.

    Hidup saya ceria…
    Seceria pelangi yang berwarna-warni.

    Hidup saya bahagia
    sebahagia matahari yang memancarkan
    sinar untuk penghuni bumi.

    Hidup saya setia...
    Sesetia pengedaran bumi yang
    berputar mengikut paksinya.

    Hidup saya aman...
    Seaman planet di galaksinya yang
    berputar mengelilingi matahari mengikut
    orbit masing-masing.

    Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
    sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
    di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.

    Justeru saya tidak mahu begitu!
    Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
    Dan sentiasa bersyukur kepada
    Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

    Karya: Rha NS
    25 Jun 2010
    (Puisi diilhamkan Istimewa Untuk Kanak-Kanak)
    · · · January 5 at 6:39pm

    • Penaluka Kersani and 7 others like this.
      • Penaluka Kersani saye suka puisi awak...dari tadi baca tak henti2 he3
        January 5 at 6:41pm · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih..Syukur Alhamdulillah...kita sama-sama berbagi ilmu apa salahnya kan...saya ni memang dari kecil suka menulis....harap awak jangan pula kata saya ni penulis perasan sendiri ye....hihihi....dunia saya berkarya tidak berkarya...tak menentu...andai kata tidak bersiaran faham-faham ajelah saya sibuk dengan perancangan untuk merealisasikan impian pula...tapi tak tahu bila masa itu.. tawakal ajelah...yang penting saya suka dengan dunia saya karyaku duniaku sasteraku duniaku...sasteramu minatku...
        January 5 at 6:46pm · · 3
      • Penaluka Kersani alhamdulilah....syukur...akhirnya bertemu jua teman yang sama minat...dah lama saya mencari group yang macam ni....bertemu teman-teman...bertukar-tukar pendapat....menegur..menasihat....sama-sama memajukan sastera yang amat saya minat....tak adalah..tak akan nak kata awak perasan plak.....bersyukur...ilham jua anugerah dariNYA...Bersama kita kongsikan...menambah ilmu...sesunguhnya sastera itu halus....hanya orang-orang meminati seni macam kita dan rakan-rakan yang memahami.....walaupun zarah itu halus...kita tetap tau ia tetap ada kan?.....renung-renung lah....
        January 5 at 7:29pm · · 4
      • 'Cato Enzo Rasanya kalau ada yang mahukan tunjuk ajar, pasti Rabeah Mohd Ali boleh bantu.. Orangnya tidak lokek ilmu.. :)
        January 5 at 7:37pm · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Apa salahnya berbagi ilmu yang setitis ini ye...aku suka bekarya dengan mereka yang minat juga berkarya !
        January 6 at 1:11am ·
      • 'Cato Enzo Ingatkan siapalah tadi.. Rupanya Rabeah Mohd Ali tukar Profil Gambar.
        January 6 at 1:29am ·
      • Rabeah Mohd Ali Ok tak hihi
        January 6 at 1:30am ·
      • 'Cato Enzo Memang ok.. :)
        January 6 at 1:41am ·
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih...bukan apa nak bagi semangat berpantun...hihihi tak tidur lagi ke sayang...boleh tak beritahu peserta gunakan ejaan penuh...kalau boleh bahasa inggeris dielakkan...siapa yang sedar dengan ayat yang tak betul boleh diperbetulkan ye...
        January 6 at 1:45am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Cinta adalah pengorbanan justeru kerana kita cintakan anak cucu cicit kita agar bahasa melayu tidak hilang di dunia makanya kita bergabung idea menerima apa saja cadangan demi menjayakan misi dan visi grup ini dalam apa keadaan sekali pun...ye kawan-kawan seperjuanganku...
        January 6 at 2:25am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Di sini kita diketemukan bukan untuk tunjuk pandai ...bukan untuk tunjuk kehebatan berkarya...bukan untuk kutuk mengutuk tapi hanya untuk mempromosikan karya kita agar dibaca lalu diberi ulasan atau komen membina agar karya jadi kualiti dan boleh diterima oleh anak cucu cicit kita nanti...cara bagai mana hendak promosi bergantung kepada semua pihak yang terlibat dan jika sekiranya karya mereka dilamar mana-mana penerbit kami di sini mensyukur kerana rakan seperjuangan kami berjaya dalam dunia penulisan yang diminatinya. Tapi jika karya yang di siarkan atas kemahuan sendiri diciplak kami tidak bertanggungjawab kerana matlamat kami mahu mempromosikan karya peserta...harap ambil perhatian dalam perkara ini agar tiada yang tidak berpuas hati...jika masih was-was akan karya diciplak fikir-fikirlah banyak-banyak lagi sebelum disiarkan di grup ini...adakah anda setuju dengan cadangan ini kalau tak setuju kita akan tanya admin yang berjawatan BOS!
        January 6 at 2:34am · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Dengan syarat semuanya setuju dan atas persetujuan pengkarya itu sendiri kalau karya saya sebagai rujukan di alam maya tak apa asalkan jangan dicetak dan diterbitkan tanpa persetujuan pengkarya itu sendiri.
        January 6 at 5:27am ·
      • 'Cato Enzo Assalamualaikum & Selamat Pagi... Maaf ya, Malam tadi Cato dah tertidur...
        January 6 at 6:32am · · 1
      • Suzana Mohdshah waalaikumsalam cato enzo,maafmu ku terima.letih sangat ya jaga kesihatan ya.
        January 6 at 7:28am ·
      • 'Cato Enzo Baiklah.. Mekasih Kak Suzana Mohdshah.. :)
        January 6 at 7:32am ·

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      10 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;