Tuesday 10 January 2012

WAHAI ANAK MUDA BANGUNLAH DARI LENAMU YANG PANJANG

  • Rabeah Mohd Ali

    Wahai anak muda bangunlah dari lenamu yang panjang...
    Masa sudah lama kau bazirkan
    Kau telah ketinggalan ke belakang
    Biarpun kau melalui zaman serba canggih
    Zaman teknologi terkini tapi malangnya
    kau tetap ke belakang
    mana minda kelas pertamamu?
    kejayaan ada di hadapanmu
    peluang untuk berjaya ada di mana-mana
    cumanya kau sengaja membutakan matamu
    kau sengaja tidak mahu mendengar seruan kejayaannya dunia akhirat
    bangunlah anak muda
    selagi nyawa belum sampai di kerongkong
    kejayaan dunia akhirat terbuka seluasnya
    seluas langit yang terbentang
    gapailah sedayamu!
    aku mendoakan kejayaanmu
    dan akulah orang pertama yang mengucapkan tahniah!
    Syukurku dalam sujudku!


    Karya Rha NS
    6 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;